Jawapan:
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Bila mana kita tidak tahu tentang sesuatu , hendaklah kita bertanya pada yang tahu , sebagaimana yang disuruh oleh Allah swt dalam al-Quran.Barulah kita tidak dibebani dengan kekeliruan dan seterusnya tidak sewenang-wenangnya mengatakan itu dan ini tanpa ilmu dan pengetahuan yang jelas mengenainya.
Ringkasnya , bid’ah atau perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw adalah dikira dari sudut ibadat sahaja.Ini kerana perkara Ibadat ialah perkara taufiqiyyah yang mana sesuatu ibadah itu dilakukan jika terdapat dalil atau suruhan agar dikerjakan perkara tersebut.Sebab itu dikatakan membaca yasin pada malam jumaat itu adalah perbuatan bid’ah kerana ianya tidak ada tunjuk ajar dari Baginda saw.
Kenapa pula perlu dikaitkan dengan tempoh masa menuntut ilmu samada 3 atau 4 tahun??….. Adakah ianya perkara ibadah??…..
Nasihat kami , sebelum kekeliruan tersebut menjadi makin tidak tentu arah , maka untuk mengatasinya , kami mencadangkan agar saudara/i yang bertanya klik ke url dibawah :
http://www.al-ahkam.net/portal-hadith/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=136
Semoga ianya bermanfaat dan in sya Allah segala kemusykilan saudara/i akan terjawab.
WA